Friday, June 10, 2011

Dunia BaRuku..

assalamualaikum...
sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu di blog aku...
bukan ape, cuma aku bukan reti sangat nk berblog ni...
lagipun terbatas sikit aku nk berblog, maklum la jarang online...
bagi memulakan cerita, permulaan tahun 2011 bg aku agak hambar,
aku diserang demam teruk dengan cirit birit yg dahsyat,
semuanya kerana lauk kenduri kahwin,
sehingga berat aku turun 5 kg,
itu masa sakit je la,
bila dh sihat naik 8kg blk, hahaha,
aku menganggur hampir dua bulan di rumah, 
sehinggalah aku mendapat surat tawaran bekerja,
aku dapat negeri selangor,
21hb februari 2011,
aku mendaftar di (pejabat kesihatan negeri selangor)PKNS
seawal jam 7.00 pagi aku menunggu,
sehinggalah jam 1.00 ptg, baru aku dpt tahu penempatan,
aku di tugaskan di hospital AMPANG,
mmg x kusangka..
suatu masa dulu (2006), aku pernah menetap di sana,
dulu sebelah McDonald, skrg depan McDonald pulak..
bermulalah hidupku disana,
permulaan aku tggl di hostel,
mahal gila, rm350 setiap bulan,
3bln jgk aku tggl kat hostel,
skrg aku dh berpindah ke rumah sewa,
bila tggl di rumah sewa ni, kepala makin serabut,
 memikirkan segala hal org2 dewasa..
payah juga ye menjadi dewasa...
baru aku faham mcm mana makayh aku susah payah mencari rezeki,
dgn sewa rm450, aku kongsi 3 org, kwn2 kolej aku dlu,
kami pn bekerja dlm 1 wad yg sama,
jadi bila blk kerja, smbg pasal hal dlm wad je la...
nak ceritakan pulak pasal kerja aku,
sudah 4bulan pn aku bekerja di wad haematologi,
wad aku bahagian transplant,
patient majoriti sakit leukemia...
katil penoh 1 wad hanya 16 katil je,
maksimum incharge 3 or 4 pesakit,
alhamdulillah, wad aku ada air cond, 
tak lah aku berpeluh2,
tp sejuknya menggigil kot..hahaha..
setiap kali hbs keje malam, aku akn dapat cuti 3 hari,
setiap cuti 2 la aku balik umah,
kat umh sewa aku bosan tak tau nk g mana,
so better balik umh jenguk makayah..betul x?
aku rasa dah cukup pjg aku mengarut..
setakat ni sahaja la ye cerita aku...
bagi sesiapa teman yg sudi mengajar aku cara nk mempelbagaikan blog aku ni,
 silakan lah, aku xberapa nk reti...sila beri tunjuk ajar jika sudi...
teringin jugak nk buat blog yg chumel2 n ceria2 mcm korang suma,
tp aku xreti sgt...
sekian sahaja, terima kasih kerana sudi membaca..
wassalam..
inilah rakan sekerjaku...

inilah aku semasa bekerja...






pic aku yang latest..dlm train blk ke kmpg..